Monday, November 17, 2008

Denggi

Hari sabtu 17-11-2008, Pihak Jabatan Kesihatan Selayang telah meronda satu taman kami. Dari fasa 1 hinggalah ke fasa 10. Dengan tanpa letihnya sampai serak2 sore pakcik didalam landrover telah buat announcement (patutnye rekod la), mereka telah memberitau bahawa kawasan taman kami telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi kerana telah ada berlaku kematian. Mereka meminta kerjasama untuk sama2 menjaga sekeliling rumah agar tidak menjadi kawasan pembiakan aedes.

Maka dengan cergasnya, aku periksa depan dan belakang rumah (nak keliling, kiri-kanan rumah orang). Mana yang air bertakung kat alas pasu, aku buang. Alas tu pun aku terbalikkan. Kalau siram pokok daun (pasal takde bunga) pagi dan petang sekali, tak perlu rasanya alas tu. Dalam pukul 6pm, aku sembur plak racun nyamuk (ubat ker?) kat mana celah2 yang gelap. Memang berterbangan nyamuk dari situ.

Aktiviti ni akan aku lakukan seminggu sekali kerana kitaran hidup nyamuk adalah 7 hari seminggu.

Fakta;
1. Seekor nyamuk betina boleh bertelur purata antara 60 - 100 biji telur sebanyak 10 kali sepanjang hayatnya
2. Masa aktif mengigit 5 - 7 pagi dan 5 -7 malam tapi sekarang derang dah kerja overtime tak kira masa
3. Membiak dalam air bersih (0.5sm). air longkang yang kotor tu derang tak main la.. sesapa yang ada swimming pool tu.. pastikan anda letak ubat pembasmi nyamuk

2 comments:

HAFIZAL AHLAN said...

cyberalam.. sekarang ni bahaya oo.. ada demam apa tuu.. emm cikuya... ramai orang kampung aku kena.. susah nak baik

juruukur

Cyberalam said...

terima kasih hafizal.. first komen dlm blog aku.. sorang kena cikguunya.. ada sepupu aku.. badan memang besar.. lebih kurang man (sorry man).. raya baru ni jumpa dah kurus byk.. aku tanya apa rahsia... rahsianya ialah.. cikgunya... tp memang seksa la masa kena tu..