Friday, September 11, 2009

Pelaburan Pertama

Alhamdulillah setelah mengikuti beberapa blog spt pie, faris, cg, bj (sekadar menyebut beberapa nama), aku telah berjaya memilikki sebuah rumah flat utk disewakan di pandan indah. beli secara sub sale. aku telah markup loan tersebut tapi masih tak cover 10% deposit and legal fees. dapat dalam 60% dari kos yang dikeluarkan. ok lar tu.

Flat itu disewa oleh bebudak lelaki seramai 4 org. 2 bujang 2 dah kahwin (long distance.. wife kat perak). masa mula tengok memang tak sanggup nk beli tapi oleh kerana utk pelaburan.. lepas kira2.. dpt cf 100++.. pejam mata beli jugak la.. rumah memang bersepah, bersawang dan kotor. aku dulu duk bujang takde la sekotor tu. cuma kalau bebudak tu kuar rumah tu.. masak la nak bersihkan...

2 org dah berkahwin tu dah duduk disitu since 2004 lagi.. mereka setuju untuk sambung sewa yang bermula bulan ni.. aku buat agreement (belum gi stamping lagi).. naik kan sewa utk samakan dengan rate semasa tp hanya bermula bulan 1 2010... deposit 1 bulan.. api air 100. derang setuju. tapi oleh kerana nak raya ni.. derang byr deposit tu separuh dulu.. tak kisah la tu.. separuh lagi akan masuk dalam sewa bulan depan...

aku dah tukar nama kat majlis dan iwk. tp tnb tak tukar lagi pasal ada outstanding 300++.. derang tak bayar since hujung tahun lepas.. tgk kat sistem tnb status dah potong.. tp ada je letrik kat rumah tu.. camner tu..? derang janji akan setelkan bil tersebut.. selagi tak setel aku tak kan tukar nama...

No comments: